Saturday, February 7, 2009

kate orang..

kate orang, bile kitae dah sayang,semua bende kita ketepi..kepentingan diri,ego diri sendiri,susah diri sendiri,maruah diri pokoknya segala bendelah kita ketepi di sebabkan terlalu sayang..

kadang kadang aku terfikir sendiri pasal benda ni.macam mane kita nilai erti sayang itu?atau macam mane kita nilai erti cinta itu?kadang2 cinta itu berbalas,namun tidak memuaskan..kadang2 cinta itu tidak berbalas,tetapi tetap memuaskan..macam mane kita nilai perasaan ini?aku selalu memberi pandangan melalui pengalamanku yang tak seberapa dalam soal cinta ini.byk juga soalan2 yang tidak dapat ku jawab walau pon untuk diri sendiri..

kadang kadang aku tertanye sendiri..bolehkah aku berkahwin dgn org yang aku sayang tetapi tidak semestinya aku cintai..bolehkah?melalui beberapa hubungan aku di masa yang lalu yang hanya berasaskan sayang,telah pon membuktikan yang sayang sahaja tidak dapat memuaskan keinginan ku yang terlalu mementingkan rasa cinta itu.oleh itu buat masa ini aku merasakan bahawa aku tidak boleh hidup berpasangan tanpa rasa cinta..

tetapi ada juga dikalangan rakan2 ku yang mengatakan dan menyatakan bahawa rasa cinta itu boleh di pupuk menerusi masa dan akan meningkat dari masa ke semasa.mungkin ada kebenaran dalam kata kata mereka namun mungkin tidak untuk aku.aku tidak percaya erti pupuk atau pon belajar untuk mencintai seseorang.cara itu bukan untuk aku dan aku terlalu yakin ia bukan sifat diriku.ada dikalangan orang disekelilingku berumah tangga berteraskan persefahamam,keserasian tanpa rasa cinta.ada yang berjaya,ada juga yang merana.sanggupkah aku mengambil risiko yang sedemikian rupa?tidak.

padaku cinta itu datang dengan sendirinya.tanpa diundang.bak hujan di panas yang terik,bak taufan yang datang tanpa diduga.mungkin fantasi cintaku ini agak keterlaluan.tapi padaku ini semua tidak mustahil.seperti cinta pandangan pertama.tidak ramai yang percaya akan cinta pandangan pertama,tapi aku pernah merasa.indah dan sejujurnya tetap indah.bila rasa cinta itu datang,ia selalunya kekal ada..walaupon ada pasang surutnya,ia tetap ada.itu cinta pada diri ku.cinta juga tidak semestinya bersatu.dan kerana itulah aku sanggat bimbang dengan perasaan cinta ini.

kata orang,masa akan mengubati hati yang luka..
kata orang,satu hari cinta itu pasti akan tiba..
kata orang,janganlah terlalu memilih..

kata aku,biar lambat asalkan tepat..
kata aku,biar sakit asalkan jujur dgn rasa hati..
kata aku,biar memilih untuk sesuatu yang pasti..

pendek kata senang cerita aku pon kurang jelas dengan perasaan ini.tapi aku tidak terlalu gopoh untuk mencari kepastian.secara terus terang aku katakan bahawa aku tidak tahu apa yang aku cari dlm erti cinta.tapi yang pasti,aku rindukan rasa itu.yang teramat.rasa itu yang aku rindukan,bukan orangnya.